CARA BUAT DUIT DENGAN BERMAIN VIDEO GAMES.

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Memang tidak dinafikan, kebanyakan ibu bapa risau apabila anak mereka terlau banyak bermain video game. Tetapi adakah mereka tahu bahawa terdapat banyak cara untuk menjana duit dengan bermain video games?

Ada ke yang sudah berjaya?

Sebagai contoh, siapa yang tidak kenal dengan PewDiePie https://www.youtube.com/user/PewDiePie – Semua kanak-kanak kenal. Nama sebenarnya ialah Felix Arvid Ulf Kjellberg. Pendapatan yang sudah diraih oleh gamers ini adalah lebih 30 Juta Dollar.

Secara realitinya tidak semua orang boleh buat seperti yang dibuat oleh Felix kerana dia mulakan karier gaming pada zaman sebelum semua orang tahu yang gaming boleh buat duit.

Walaubagaimanapun Youtube bukan satu-satunya jalan untuk buat duit melalui bermain games. Disini kami akan sertakan beberapa cara yang boleh menbantu anda menjana idea untuk membuat duit melalui bermain video games

1. Mula Channel Youtube

Bagaimana cara hendak mulakan? Betulkah Youtube boleh buat duit? Memang tidak dinafikan Youtube boleh menjana pendapatan dengan baik. Apa yang perlu dibuat ialah cipta video yang berkaitan dengan permainan video game anda.

Tidak semestinya cara bermain, ianya boleh menjadi video temu ramah pemain-pemain professional, tips dan trick untuk sesebuah permaianan dan sebagainya.

Susah atau tidak?

Susah atau tidak bergantung kepada anda sendiri. Jika anda minat, ia akan menjadi mudah. Apa yang perlu dibuat adalah anda perlu mengumpul penonton untuk melihat channel gaming anda.

Channel anda perlu menghiburkan untuk mengumpul penonton yang ramai. Jika channel anda bosan, tidak menarik, kualiti rendah, semua perkara ini akan membantutkan channel youtube gaming anda untuk berjaya.

Anda juga perlu untuk belajar sedikit teknikal seperti edit video, thumbnail, record screen dan banyak lagi. Tetapi jangan risau, semua teknikal ini anda boleh belajar di Youtube.

Antara channel youtube gaming Malaysia yang sudah berjaya yang boleh anda jadikan contoh adalah Soloz ClubSyafiq Aiman dan Kambing Golek.

Untuk belajar lebih lanjut tentang cara mulakan Channel Youtube, anda boleh lihatnya DISINI

2. Stream di Facebook Gaming

Facebook menyediakan platform untuk penonton menonton gamers kegemaran mereka. Jika di luar Malaysia, platform yang utama untuk streaming video game adalah Twitch. Berlainan pula di Malaysia, platform yang digunakan adalah Facebook.

Twitch streamer yang terkenal adalah Ninja. Streamer ini meraih keuntungan sebanyak 10 million dollar pada 2019. Sumber penjanaan ini adalah dari iklan, donation penonton, sponsorship dan subscriber.

Walaupun menggunakan platform yang berbeza, kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza.

Cara untuk menyertaistream facebook gamming adalah sangat mudah. Anda Cuma perlu daftar akaun di facebook, cipta satu page dan mulakan streaming anda.

Bagaimana cara untuk mengumpul penonton?

Untuk mengumpul penonton anda perlu rajin untuk mempromosikan page gaming anda di group-group facebook yang berkaitan dengan gaming dan minta rakan anda untuk menyokong dengan mempromosikan kepada rakan-rakan mereka lain yang bermain permainan video yang sama.

3. Bertanding di Pertandingan

Jika anda betul-betul berbakat dan hebat dalam bermain video games, menyertai pertandingan antara aktiviti yang boleh meraih pendapatan. Semakin terkenal  sesebuah permainan video semakin besar hadiah yang boleh diperolehi.

Ini antara cara yang mudah untuk meraih duit dengan bermain video games tetapi pulangannya tidak memberangsangkan kecuali anda betul-betul hebat dalam permainan tersebut dan boleh menang dengan konsisten.

Pada 2019, The International iaitu satu pertandingan permainan video Dota 2 mempunyai jumlah hadiah yang paling banyak iaitu 34 juta dollar. Untuk melihat jumlah wang hadiah esport anda boleh lihatnya DISINI.

Antara permainan video games yang menawarkan hadiah yang banyak ialah Dota 2, Fortnite, League of Legend, Call of Duty dan PUBG.

Rakyat Malaysia juga ada yang sudah berjaya di peringkat antarabangsa dalam bermain video games dan kebanyakan mereka bertanding dalam permainan Dota 2. Mereka sudah meraih berjuta dollar. Untuk mengetau siapa mereka, anda boleh lihatnya DISINI.

Susah atau tidak untuk meraih pendapatn dengan cara ini?

Tidak semua orang mempunyai bakat bermain dalam video game. Anda mungkin boleh menjadi seorang pemain yang berkelas dunia tetapi masih kalah di dalam pertandingan dan pulang dengan tangan kosong.

Jika pertandingan kecil, mungkin anda boleh memenanginya tetapi tidak cukup untuk hidup secara stabil.

Mentaliti yang betul perlu ada, bakat yang tersimpan perlu dikeluarkan kerana pertandingan yang hadiah berjuta dollar disertai oleh pelbagai negara. Anda perlu menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Bagaimana cara untuk bermula?

Cari satu permainan video yang mempunyai banyak pertandingan dan mendapat perhatian dari organisasi esport. Latih dengan bersungguh-sungguh. Jika anda hebat dalam permainan tersebut, anda akan menjadi terkenal.

Gunakan kemahiran yang anda sudah latih tadi untuk bertanding dalam pertandingan dan rebut hadiah yang disediakan. Kedenganran seperti mudah, ianya sangat memerlukan komitmen dan  usaha untuk selesa menjana pendapatan dengan cara ini.

4. Bekerja dengan eSport Team

Kebanyakan pemain video game professional mempunyai kumpulan mereka sendiri. Pemain professional secara puratanya meraih gaji antara RM 1000-RM 5000 bergantung kepada team tersebut. Jika team amature mungkin gajinya menjadi lebih rendah. Jika anda menyertai team antarabangsa, gaji puratanya ialah antara RM 4000-RM20 000.

Jumlah purata ini meningkat dengan mendadak pada tahun awal 2000 sehingga harini ini dan ianya dijangka akan terus meningkat.

Video games yang membayar gaji yang banyak ialah Dota 2, Counter Strike, League of Legends, Starcraft II dan Fortnite. Permainan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai dan banyak penaja ingin menaja permainan yang mendapat sambutan.

Cara terbaik untuk meraih pendaptan dengan cara ini ialah dengan menjadi professional player dan focus terhadap satu game itu sahaja, latih sehingga anda lebih bagus dari orang lain.

Gunakan platform seperti Youtube dan Facebook Gaming untuk menonjolkkan bakat anda. Apabila anda dikenali, pihak eSport Team akan sendirinya datang kepada anda untuk merisik anda menyertai team mereka.

Cara lain adalah anda tubuhkan team anda sendiri dan sertai pertandingan-pertandingan yang ada, cari sponsor dan kembangkan team anda ke peringkat yang lebih tinggi.

5. Jurulatih Video Games

Antara cara yang terbaik untuk menjana pendapatan dengan bermain video games adalah dengan menjadi jurulatih permainan video games yang anda tahu.

Tidak semua games mendapat sambutan untuk melatih. Selalunya permainan video yang kompetitif dan perlukan banyak ilmu teknikal sering mendapat sambutan untuk melatih. (Dota 2, League of Legends)

Jurulatih video games boleh menjana sebanyak RM 20 hingga RM 200 untuk satu jam, bergantung kepada bakat anda. Semakin berpengalaman dan tinggi bakat anda dalam permainan tersebut semakin tinggi rate yang boleh diletakkan.

Bagaimana untuk mulakan?

Mula-mula semestinya anda perlu menjadi seorang yang hebat dalam permainan tersebut. Tonjolkan diri anda di platform Youtube dan offer servis jurulatih kepada penonton anda.

Kesimpulan

Untuk mendapat income yang stabil dari permaianan video games, anda perlu gabungkan cara-cara yang disebutkan tadi dan pastikan anda boleh menjana duit dengan konsisten mengunakan cara tersebut.

Sebagai contoh, anda di facebook gaming dan rakam. Rakaman tersebut anda edit dan letak di Youtube dan promosikan sekali khimat melatih permainan tersebut kepada penonton anda. Jika anda betul-betul berbakat, sertai pertandingan yang ada untuk mengukuhkan nama anda dalam permainan tersebut.

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com