LANGKAH -LANGKAH UNTUK MENJIMATKAN PERBELANJAAN KETIKA MEMBELI BARANGAN RUNCIT .
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Semua orang memerlukan duit untuk berbelanja tidak kira lah untuk membeli makanan, rumah ,bayar bil elektrik sekalipun untuk bersuka ria. Memang duit itu bukan segala-galanya tetapi setiap perkara perlukan duit, betul tak?
Mesti ada yang serabut fikirkan macam mana lah nak hidup bayar itu ini, duit dalam dompet pun mengalir macam air. Tak perlu risau sebab ada berita baik! Caranya ialah kita boleh jimatkan perbelanjaan ketika membeli barangan runcit. Mesti nak tahu kan, jadi jom kita tengok satu persatu.
SEBELUM PERGI UNTUK MEMBELI BARANG
1. MERANCANG APA YANG HENDAK DIMASAK
Pernah tak anda rasa sangat lapar pada malam hari,kemudian buka peti sejuk dan termenung melihat bahan dan kecewa kerana bahan tidak menepati apa yang anda mahukan ? Kalau anda tergolong dalam golongan ini, sudah semestinya anda perlu mengubahnya dengan merancang hidangan yang hendak dimasak
Sebelum pergi ke kedai runcit atau pasaraya, adalah lebih baik mengambil masa 15 minit dan melayari secara online barangan runcit di pasaraya tersebut dan semestinya anda dapat merancang apa barangan yang boleh dimasak untuk beberapa tempoh masa yang sesuai.
Perkara ini dapat mengurangkan rasa kecewa anda apabila lapar tetapi tidak tahu bahan yang tinggal dalam peti sejuk. Selain itu, anda juga dapat mengelakkan bahan menjadi rosak atau sudah sampai tarikh luput dengan cara kita menggunakan semua bahan yang dibeli mengikut perancangan masakan yang sudah dirancang.
Penjimatan juga dapat dilakukan, perancangan ini akan mengelakkan diri dari membeli barangyang tidak diperlukan semasa membeli belah di pasaraya.
2. BUAT SENARAI PERBELANJAAN.
Kalau sudah merancang apa yang hendak dimasak, kita bergerak ke langkah seterusnya iaitu membuat senarai perbelanjaan. Mempunyai senarai perbelanjaan di tangan dapat memastikan yang anda berada pada jalan yang betul dan mengelakkan diri dari terlupa membeli bahan dan kami amat syorkan untuk teruskan membuat senarai walaupun barang tersebut boleh dikira dengan jari sahaja.
Banyak cara nak buat senarai perbelanjaan ni, ada yang guna cara dulu seperti tulis kat kertas dan tanda dengan pen atau boleh sahaja nak guna apps yang terdapat di playstore di smarphone anda. Boleh pilih ikut kemahuan dan keperluan anda, senang bukan?
3. PILIH WAKTU YANG SESUAI.
Mungkin ada yang pernah dengar bahawa jangan pergi membeli barangan runcit ketika lapar sebab nanti anda akan membeli lebih dari biasa. Tetapi tahukah anda, membeli ketika mengantuk juga boleh menyumbang perkara yang sama?
Jadi, sebelum membeli pastikan dapat rehat yang mencukupi dan tidak datang dengan perut yang kosong. Nampak remeh tetapi perkara ini dapat menjimatkan perbelanjaan anda dengan berkesan.
SEMASA MEMBELI BARANGAN
4. MEMBAYAR DENGAN TUNAI
Semasa membeli barangan runcit, pastikan anda mempunyai wang tunai di tangan berbanding bergantung kepada kad kredit. Kajian sudah menunjukkkan membayar dengan menggunakan kad kedit menjadikan seseorang itu berbelanja lebih dari sepatutnya yang mana bertentangan dengan membayar secara tunai.
Apabila kita membayar secara tunai, duit itu dapat dilihat secara nyata dan dapat kita ketahui nilai yang digunakan samada sedikit atau banyak. Hal ini dapat menyelamatkan duit anda dari melayang untuk membayar lebih. Jadi nasihat saya sebelum membeli, berhenti di ATM dan keluarkan duit secara tunai di tangan kerana itu akan membantu anda berjimat dengan lebih berkesan.
5. MEMBELI KETIKA ADA JUALAN MURAH
Setiap minggu ,ada beberapa bahan yang dijual murah secara bermusim. Bahan ini sudah semestinya sihat dan segar dengan harga yang lebih rendah. Apa kata kalau anda gunakan barangan ini untuk merancang hidangan anda disamping dapat berjimat cermat. Hal ini juga boleh digunakan untuk mencuba menu dan resipi terbaru.
6. OPTIMUMKAN PENGGUNAAN KUPON
Kupon merupakan cara lama yang sudah diketahui dan terbaik untuk menjimatkan wang ketika membeli di pasaraya. Kebiasaanya orang akan mengambil mudah dan melupakan kupon ini ketika waktu mereka memerlukannya.
Namun, apabila anda menyimpan dan mula menyedari kewujudan kupon ini yang mana membantu dalam penjimatan, pasti anda akan simpan dan gunakan setiap kupon sehabis baik. Jika menggunakan kupon di waktu ketika mempunyai jualan murah ianya amat menguntungkan anda, kerana anda sudah berjimat dua kali ganda dari biasa.
SELEPAS MEMBELI DAN BERADA DI RUMAH:
7. MENYUSUN DAN BEKUKAN HIDANGAN
Kalau anda tidak suka memasak atau tiada masa memasak hidangan malam setiap hari, anda boleh menyusun dan membekukan hidangan yang anda sudah masak di dalam peti.
Cara yang terbaik dalam penjimatan adalah dengan merancang hidangan dengan bahan yang dijual murah.
8. ELAKKAN MASAKAN SEPARUH MASAK.
Membeli masakan separuh masak memang mudah tetapi lebih baik membeli bahan mentah kerana itu dapat menjimatkan duit. Masakan yang dimasak sendiri di rumah itu jauh lebih sedap berbanding masakan separuh masak dan anda dapat belajar skill yang baru dalam masakan juga.
Belajar memasak merupakan sesuatu perkara yang menyeronokkan lebih-lebih lagi terdapat banyak kelas yang ditawarkan samada secara maya atau berguru. Resepi-resepi juga banyak terdapat di internet, semuanya di hujung jari sahaja. Jadi pilihlah inisiatif ini untuk menjadikan skill memasak anda bertambah baik.
JADIKAN PERANCANGAN BERBELANJA MENYERONOKKAN.
Menyimpan wang bukanlah perkara yang menyusahkan dan tidak perlu bersusah payah dengan hanya makan mee segera atau makanan diproses sahaja.
Ini langkah yang mungkin boleh diikuti untuk menjadikan penjimatan lebih menyeronokkan :
- Kaji sebanyak mana wang yang telah disimpan
- Mengadakan pertandingan merancang hidangan dengan pasangan dan lihat siapa yang lebih pandai berjimat disamping mengekalkan keenakan makanan itu.
- Mengajak anak-anak untuk turut serta membantu merancang, membeli dan memasak.
Tidak kira apa jua cara yang anda gunakan, apabila sudah ada penjimatan ketika membeli barangan runcit dan mempunyai simpanan lebih, simpanan tersebut anda dapat gunakan untuk perkara yang lebih penting. Selamat Maju Jaya!
Tinggalkan Pesanan
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com