KERJA TRAVEL SEPENUH MASA? MUSTAHIL ATAU TIDAK? : CARA BUAT DUIT UNTUK TRAVEL SEPENUH MASA

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Kerja melancong sepenuh masa adalah tidak mustahil dan telah dibuat ramai orang (backpackers). Tetapi masalahnya, dari mana sumber duit untuk menanpung perbelanjaan mereka semasa melancong ni? Sekarang jom kita kupas kerja-kerja yang boleh mendatangkan pendapatan untuk menampung kerja melancong sepenuh masa ni.

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk buat duit untuk menampung perbelancang melancong. Kerja-kerja ni boleh dibuat dari rumah sahaja tanpa perlu ke tempat kerja, cafe-cafe tempatan atau cafe di tempat anda melancong.

Jika anda ingin menjadi salah seorang backpacker sebagai kerjaya dan suka melancong ke negara orang, atau suka akan kebebasan, ini senarai kerja yang boleh dibuat untuk menjadikan impian tersebut satu realiti.

Tetapi perlulah ingat, keperluan untuk menimbang baik dan buruk keputusan anda untuk meneruskan kerjaya ini, dan traveling bukan untuk semua orang. Ianya memerlukan kerja keras, konsisten dan nekad yang kuat untuk berjaya dalam travel job ni. Jika anda mempunyai kualiti yang disebutkan tadi atau kualiti untuk bekerja dengan pekerjaan yang akan diberitahu nanti, anda telah bersedia untuk buat duit travel ke luar negara

Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Travel Sepenuh Masa.

Saya nasihatkan, pakar dulu dalam satu pekerjaan, buktikan anda telah  buat duit dengan pekerjaan tersebut, baru teruskan impian untuk menjadikan traveler sepenuh masa. Kerja-kerja ni unik sebab ia tak perlukan kekangan masa, tempat atau skill-skill tertentu yang tinggi. Kerja-kerja yang sangat flexible, mudah untuk mulakan dan tidak perlukan pengalaman yang luas.  Sebab tu ianya sesuai untuk mereka yang travel speenuh masa,

1. Blogging

Skop kerja : blogging adalah kerja menulis di internet yang boleh menjana duit, kerja yang sesuai bagi yang mahu travel dan kebebasan dalam menjana pendapatan.

Bayaran: RM 100 – RM 30,000/lebih sebulan

Bloging merupakan salah satu pekerjaan yang sesuai bagi sesiapa yang mahu travel sepenuh masa. Jika sudah mahir tentang selok belok menjadi seorang blogger, cipta niche blog tentang pengalaman travel anda.

Memang tidak dinafikan, sudah ramai orang buat duit dengan berblog, hinggakan ada yang sudah menjadikan sebagai kerjaya, dengan kemajuan internet sekarang di Malaysia, rakyat Malaysia semakin mudah terdedah kepada website dan blog sebagai bahan bacaan. 

Dengan berblog, anda tidak mempunyai majikan, kesemua pendapatan yang dijanakan adalah milik anda dan terpulang kepada kerja keras yang diusahakan. Dalam travel blog tu, mungkin boleh ceritakan pengalaman, cerita, tips-tips untuk melancong yang mana anda seorang yang telah merasai pengalaman tersebut dan ini akan menarik minat pembaca untuk terus menjadi pembaca setia.

Secara jujurnya, untuk menjadi blogger yang berjaya, bukan satu kerja yang mampu dikecapi dalam satu malam. Tetapi ianya tidak mustahil dan kerja ini juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk mencari pendapatan. Untuk berjaya memakan masa hingga berbulan, malah bertahun-tahun untuk blog anda mendapat sambutan.

Jika anda betul-betul nekad, dan sanggup berkorban masa dan tenaga, mungkin ini merupakan kerja yang sesuai untuk dilakukan untuk menjadi seorang traveller sepenuh masa.

2. Sewa kediaman di Airbnb

Skop kerja : Sewakan kediaman di Airbnb boleh menjana duit dengan menyewa ruang untuk penginapan yang sementara.

Bayaran: RM 100 – RM 3000 sebulan

Dengan menyenaraikan bilik atau rumah yang anda miliki untuk disewakan, boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan kerja yang mudah. Tetapi, anda perlulah mempunyai ruang untuk disewa. Didalam airbnb, anda boleh nyatakan sendiri jumlah sewaan ruang tersebut, dan ianya bergantung kepada lokasi dan persekitaran ruang untuk disewakan.

Jika rumah berdekatan dengan bandar atau tempat pelancongan, permintaan untuk menyewa ruang tersebut semakin tinggi. Dengan menyewakan ruang yang selesa, bersih untuk pelancong luar mahupun dalam negara, memadai untuk menjana pendapatan untuk melancong.

Dengan ketiadaan anda kerana travel di tempat lain, adalah lebih baik memanfaatkan harta yang ada, dengan menjana pendapatan. Lepasni, kalau anda memang bernekad untuk travel sepenuh masa, boleh pertimbangkan cara ni untuk menambah lagi duit poket semasa travel.

3. Mengajar kelas Online

Skop kerja: Mengajar orang lain skill yang kita ada secara online

Bayaran: RM 20 – RM 50 Sejam

Skil yang ada boleh ditukarkan kepada duit dengan mengajar mereka yang memerlukan, sekarang, dengan teknologi yang ada, aktiviti mengajar boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Yang diperlukan adalah, skil tersebut, smarphone atau laptop dan internet.

Sekarang di Malaysia, ramai yang menyediakan khidmat seperti ini, ianya amat memudahkan kedua-diuda pihak. Mengajar bahasa inggeris secara atas talian, mengajar ilmu agama dengan membuat live di Facebook, dan banyak lagi medium yang sesuai.

Sesi pengajaran tersebut boleh dibuat semasa anda berada di luar negara, dan perlulah ingat, internet adalah penting dan masa Malaysia dan di luar negara adalah berlainan. Sedikit penelitian perlu dilakukan untuk keselesaan kedua belah pihak.

4. Designer/Pereka Grafik

Skop kerja: Proses manipulasi perkataan atau gambar, menghasilkan seni untuk dipasarkan.

Bayaran: RM 100 – RM 3000 per projek

Menjadi seorang designer yang professional memerlukan skill mereka. Bidang design mempunyai skop kerja yang luas. Design poster, pakaian, website, dan banyak lagi. Setiap kategory memerlukan skil dan pengetahuan yang berbeza mengikut keperluan. 

Bidang designer di Malaysia sebenarnya sudah lama kerana banyak syarikat menggunakan khidmat design dalam menghasilkan bahan pemasaran dan penjenamaan. Upah untuk menghasilkan design bergantung kepada kelayakan dan pengalaman seorang pereka grafik, bergantung juga kepada perbincangan dengan client yang berminat.

Sebagai freelancer pereka grafik, masa dan tempat kerja amat flexible.walaupun berada di luar negara, kerja yang diberi masih boleh dilakukan, yang diperlukan adalah sebuah laptop dan internet untuk berkomunikasi dengan client.

Di internet banyak iklan-iklan yang menawarkan perkerjaan mereka grafik kepada individu bebas, tetapi sebelum anda memulakan pekerjaan ini, mestilah menimba ilmu terlebih dahulu dan mengasah kreativiti.

5. Travel Agent

Skop kerja: Travel agent menjana pendapatan dengan membantu pelanggan mengatur percutian dan merasai pengalaman percutian yang sempurna samada untuk melancong atau bekerja

Bayaran: RM 20 – RM 50 sejam

Tidak kira samada anda orang tempatan atau luar negara, dengan menjadi freelance travel agent di negara yang anda berada dapat menjana duit dengan lumayan.

Tugas travel agent ini termasuklah, mengatur pengangkutan, insurans, memilih tempat-tempat menarik, menguruskan penginapan dan memastikan percutian client berjalan dengan lancar dan selamat. Sebenarnya, dengan menjadi travel agent, secara tidak langsung kita juga melancong sekali. 

6. Kerja Resort

Skop kerja : Pekerja resort, menjana duit, dengan menjadi pelayan makanan, pembersihan, atau apa-apa sahaja servis yang  berkaitan dengan resort.

Bayaran: RM 10 – RM 30 sejam

Resort ialah lokasi untuk pelacong menginap dan meluangkan masa semasa percutian atau bekerja outstation. Resort memerlukan ramai pekerja kerana di dalam resort terdapat bilik penginapan, restauran, kolam renang, dan banyak lagi, yang mana, semua fasiliti ini memerlukan pekerja untuk memastikan semua berjalan dengan lancar.

Jika anda berpengalaman bekerja dalam bidang-bidang kulinari, mungkin resort di tempat anda travel itu tempat yang baik untuk anda mula untuk minta kerja. Diluar negara, kadang kala, mereka memberikan upah/tips kepada pelayan. Ini juga advantage kepada anda. 

Tetapi perlulah ingat, kerja ini merupakan kerja yang memerlukan tenaga yang banyak, dan kemahiran berbahasa lain. Dengan penguasaan bahasa lain seperti bahasa inggeris, amat membantu untuk dipilih menjadi staff  di resort tersebut

7. Personal Shopper

Skop kerja: Personal shopper menjana pendapatan dengan membantu client yang sibuk dan tiada masa atau tidak mampu untuk membeli barang untuk diri sendiri.

Bayaran : RM 50 – RM 100 satu barang

Personal shopper selalunya, berbincang dengan client untuk mendapatkan gambaran barang yang mereka perlukan dan minat dan membelikan untuk mereka. Barangan tersebut mungkin terdiri daripada pakaian yang berjenama, barang kemas, atau barang elektronik. 

Terdapat skil-skil yang anda perlu kuasai untuk menjadi seorang personal shoper yang bagus, jika anda seorang personal shoper pakaian atau barang kemas, anda perlu tahu samada ianya original ataupun tidak, harga berpatutan, dan sesuai dengan pemakai.

Apabila melancong ke luar negara, ada sesetengah barang yang hanya terdapat di negara tersebut sahaja tidak ada di Malaysia. Adalah tugas anda untuk mencari barang tersebut dan belikan untuk client yang berminat. 

Untuk menjalankan pekerjaan ini, tidak perlukan modal daripada poket sendiri kerana client akan bayar dahulu pendahuluan untuk kita beli barang tersebut. Di Malaysia sendiri, sudah ada golongan yang menyediakan khidmat sebegini. 

Pengalaman saya sendiri berjumpa dengan seorang personal shopper dari Malaysia semasa pergi ke Guangzhou, China. Mereka berkunjung dari satu negara ke nagara yang lain seperti Jepun, London, China dan membeli barang-barang berjenama seperti Gucci, Channel, Supreme, yang limited edition untuk client mereka yang berada di Malaysia.

Jadi profesion ini memang boleh mendatang keuntungan dan sesuai kepada sesiapa yang ingin travel sepenuh masa. Apa yang anda perlu buat adalah, rancang strategi bisnes dan bina satu kepercayaan supaya orang ramai tidak takut untuk mengupah anda membeli barang yang mahal untuk mereka.

Kesimpulan

Setiap daripada perkejaan tersebut memberikan peluang kepada anda untuk menjadi seorang traveller sepenuh masa. Banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukan tetapi ianya memerlukan ketekunan dan penelitian. Menjadi seorang traveller sepenuh masa bukan perkara yang mudah untuk dimulakan tetapi ianya tidak mustahil.

Tinggalkan Komen

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com