Bisnes Idea : Cara Memilih Barang Untuk Dijual Online Dan Bagaimana Hendak Mulakan.

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Tidak kira berapa lama anda menjadi seorang usahawan, memulakan bisnes online pada masa sekarang adalah tidak mudah kerana industry ini mempunyai market yang agak padat, banyak barang yang sudah dijual oleh orang lain dan pengguna lebih mengutamakan kedai yang mereka percaya terlebih dahulu.

Tetapi ianya tidak mustahil, kerana peluang berbisnes secara online sentiasa terhidang. Sebelum anda memikirkan tentang design, jenama, marketing dan lain-lain, anda perlu memlilih dahulu produk apa yang ingin dijual.

Semua aspek lain dalam bisnes adalah bergantung kepada produk apa yang ingin dijual. Produk yang dipilih akan memberikan impak kepada keputusan yang dibuat berkenaan dengan bisnes tersebut.

Untuk memilih produk apa yang dijual, anda perlu faham terlebih dahulu jenis produk yang boleh dijual.

JENIS PRODUK YANG BOLEH DIJUAL ONLINE

Tidak kira industry mana yang anda ceburi, produk terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  1. Komoditi produk dan
  2. Niche produk

Produk Komoditi ialah produk yang penting dalam kehidupan seseorang. Ianya mempunyai permintaan yang tinggi dan amat popular. Ianya juga wujud dalam bentuk servis, barang, fizikal atau digital.

Komoditi produk adalah produk yang majority sterdapat dijual secara online. Fikirkan apa yang anda perlukan. Semuanya terdapat di platform online. Makanan, pakaian, permainan kanak-kanak dan lain lagi.

Niche produk adalah barang atau servis yang tertumpu kepada pelanggan dan kategori yang spesifik.

Ia kebiasaanya sesuatu yang unik, tidak terdapat di tempat lain, buatan sendiri dan produk ini popular dengan peminatnya yang tersendiri.

Kebiasaannya produk jenis ini dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit bergantung kepada permintaan. Contohnya adalah perhiasaan barang kemas yang unik, yogurt buatan sendiri atau phone case dari kulit binatang.

Selalunya, kedai akan mencampurkan kedua-dua jenis barang ini di kedai mereka untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Sejujurnya, menjual barang komoditi yang banyak dijual di Lazada atau Shoppee adalah amat sukar untuk berjaya kerana persaingannya amat banyak dan mereka menawarkan harga yang amat rendah sehingga mustahil untuk anda sainginya.

Kedai-kedai online yang sudah kukuh akan membeli barang komoditi secara borong dengan kuantiti yang amat banyak sehingga dapat membelinya dengan harga yang amat murah dan mereka menjualnya dengan harga yang murah dari pasaran. Peluang untuk anda berjaya dalam menjual barang komoditi adalah tipis tetapi tidak mustahil.

Jadi, apa yang perlu dibuat?

Lakukan penjualan marketing niche produk anda dan pada masa yang sama, jual sekali barang komoditi secara sampingan. Setelah bisnes anda berkembang, baru fokuskan kepada barang komoditi dan barang niche pula secara sampingan.

Sebagai contoh

Jual jenama baju yang spesifik seperti Nike atau Adidas atau jenama pakaian sukan yang lain. Peminat pakaian sukan akan datang ke kedai anda kerana jenama pakaian tersebut. Setelah bisnes berkembang, jual jenama-jenama lain di platform yang sama. Tawarkan baju-baju lain dengan harga yang murah berbanding barang niche tersebut.

Dengan satu kedai sahaja, mereka boleh melihat kedua-dua jenis produk iaitu produk komoditi dan niche.

Setelah memahami jenis produk yang ada, kita lihat bagaimana cara untuk memilih produk untuk dijual secara online.

CARA MEMILIH PRODUK UNTUK DIJUAL SECARA ONLINE

Jika anda memikirkan untuk jangka masa panjang, anda mahu brand anda terkenal, buka pelbagai cawangan dan sebagainya, anda perlu memikirkan betulbetul produk apa yang ingin dijual.

Penting untuk anda tahu yang produk yang akan dipilih adalah bukan disebabkan anda, tetapi disebabkan orang lain. Disini kami gariskan panduan yang penting untuk anda ambil kira sebelum memilih barang apa yang ingin dijual.

1. Kenal pasti atau cipta produk yang akan menyelesaikan masalah

Founder jenama terkenal Airbnb mengatakan bahawa jika anda hendak fikirkan idea yang bagus, anda tidak akan dapat fikirkannya dengan mudah. Apa yang perlu dibuat adalah anda cari penyelesaian kepada masalah hidup anda sendiri.

Untuk memikirkan produk yang sesuai untuk dijual, adalah penting untuk anda melihat sendiri apa yang berlaku pada anda dan sekeliling, fikirkan masalah yang dihadapi dan apa penyelesaian yang sesuai

Sebagai contoh, zaman sekarang orang terlalu sibuk dan tiada masa untuk membeli makanan kerana ianya membazir masa dan tenaga, tidak masuk lagi trafik yang sesak. Penyelesaian? Penghantaran makanan dengan order secara online. Food Panda, Grab Food antara syarikat yang terdahulu menyelesaikan masalah ini, sekarang syarikat ini bernilai jutaan ringgit.

Apa punca kepada kejayaan mereka? Cara masalah dan selesaikan dengan cara yang mudah.

Produk anda tidak perlu untuk dibuat secara besar-besaran pada awalnya, try and error terlebih dahulu tetapi pastikan ianya simple dan efektif.

2. Pilih produk yang anda dan orang lain minat

Minat adalah satu element yang penting dalam perniagaan.

Memulakan perniagaan bukanlah satu yang mudah dah penuh dengan kemewahan seperti yang digambarkan dalam movie. Realitinya ianya satu proses yang panjang dan berliku-liku penuh dengan dugaan dan cabaran.

Minat adalah kata kunci yang akan membuatkan anda terus kehadapan walaupun jalannya penuh cabaran. Minat juga akan membantu anda berinteraksi dengan pelanggan dengan lebih mendalam. Anda tahu apa yang mereka mahukan.

3. Pilih produk yang mempunyai potensi untuk dijenamakan

Produk yang menyelesaikan masalah dan yang anda minat tidak cukup. Produk tersebut perlulah boleh dijenamakan.

Cipta satu jenama yang mudah diingati oleh pelanggan. Untuk mencari nama yang sesuai, lakukan sedikit kajian dan fahami target audience anda.

4. Produk trending

Masa demi masa terdapat produk yang akan trending. Jangan jadi penjual yang lambat. Pastikan anda masuk ke dalam market semasa permulaan trend. Jadi, semasa trend berjalan, anda sudah berada di dalam market.

Ramai kami jumpa peniaga yang menjual barang semasa trend hendak habis, kesudahannya, barang tidak terjual kerana permintaan sudah tiada.

Memilih produk yang hendak mula trending adalah bagus tetapi ianya tidak bertahan lama. Apabila produk sudah tidak menjadi trend, anda perlu fikirkan produk lain pula. Tetapi untuk permulaan dan pengalaman ianya sangat bagus untuk usahawan baru.

5. Cari peluang perniagaan dimana sahaja

Sebagai seorang usahawan anda perlu berfikiran luas dan sentiasa berimaginasi.

Sebagai seorang penduduk di Malaysia, perhatikan tingkah laku masyarakat sekeliling. Ada atau tidak peluang untuk menambah baik kehidupan mereka?

Apa produk yang sedang mendapat sambutan? Industry mana yang sedang meningkat naik?

Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling akan membantu anda menentukan produk apa yang terbaik untuk dijual dan peluang juga anda akan dapat lihat banyak terhidang.

Duduk sebentar dan fikirkan.

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMULAKAN BISNES ONLINE?

Anda telah fikirkan produk yang ingin dijual dan sekarang tiba masanya untuk anda mulakan berniaga secara online

Tetapi bagaimana?

Sebelum anda bermula, pastikan langkah ini anda telah lakukan.

  1. Market Research
  2. Produk untuk dijual
  3. Kenal pasti jenis target pelanggan
  4. Lakukan sedikit research platform apa yang anda mahu gunakan (Shopee, Lazada, Instagram, Facebook dan lain-lain)
  5. Cipta satu description tentang produk dengan detail. (Description dan gambar)
  6. Kenal pasti strategi yang akan dilakukan. Pastikan ianya sesuai untuk target pelanggan anda.

Sejujurnya untuk mulakan perniagaan secara online bukan mudah dan semuanya kegembiraan. Tetapi jangan risau, dengan strategi yang betul dan anda yakin dengan strategi tersebut, anda pastinya di landasan yang betul.

Dengan adanya anda disini, anda menambah ilmu baru, jangan bernti untuk belajar. Semoga Berjaya !

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com