AKTIVITI MENARIK UNTUK DILUANGKAN BERSAMA ANAK-ANAK SECARA PERCUMA ATAU HARGA BERPATUTAN

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Apabila cuti sekolah tiba ibu bapa lah yang sibuk membuat perancangan bersama anak-anak tidak kira di dalam atau luar rumah. Banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mengeratkan silaturahim seperti menonton wayang, bermain video game dan melancong ke luar atau dalam negara.

 Ada sesetengah ibu bapa yang beranggapan semua aktiviti kat luar kena keluarkan duit yang banyak sedangkan banyak  tempat yang murah malah ada yang percuma ! Menarik bukan ?  Ayuh kita lihat akviti-aktiviti tersebut.  

1. MELIHAT BUNGA API

Bunga api sememangnya menjadi tumpuan tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Selalunya bunga api disaksikan oleh semua lapisan masyarakat ketika ada majlis atau keramaian seperti Hari Kemerdekaan, awal tahun baru dan akhir tahun.

Sediakan tikar, makanan dan minuman ketika melihat bunga api juga lebih menjadikan anda sekeluarga lebih seronok.

2. PERGI KE MUZIUM

Muzium merupakan sebuah tempat yang menyimpan pelbagai barangan bersejarah dan peristiwa untuk dikenang tentang masa dahulu. Pelbagai informasi dan pengetahuan didedahkan kepada anak-anak disamping membuka mata mereka tentang sesuatu yang baru.

Ada setengah muzium yang perlukan bayaran kemasukan malah ada juga yang percuma. Namun, bayaran yang dikenakan juga berpatutan dan berbaloi.

3. MELAWAT ZOO

Pelbagai haiwan,flora dan fauna dapat dilihat di dalam zoo. Banyak hidupan yang boleh dilihat sana di samping menambahkan pengetahuan anak-anak. Berjalan bersama mereka mungkin agak memenatkan namun itu lah menyeronokkan.

Anda boleh bertanya apakah nama haiwan tersebut , membaca informasi yang tersedia dan melihat haiwan tersebut secara nyata yang mana tidak dapat dilakukan di tempat lain kecuali zoo. Harga tiket kanak-kanak pula lebih murah berbanding hagra tiket dewasa.  Jika ingin tiket yang lebih murah, boleh juga membeli secara online.

4. MOVIE MARATHON BERSAMA ANAK-ANAK DI RUMAH

Cara ini memang sangat mudah dan jimat kerana tidak perlu langsung mengeluarkan wang. Aktiviti ini boleh dilakukan pada malam minggu atau mengikut kesesuaian anda. Lagi menarik jika merancang menyediakan popcorn dan biskut untuk dihidang ketika menonton movie.

Cari movie yang bersiri seperti Toy Story, Despicable Me atau How To Train Your Dragon. Mereka pasti gembira apabila filem kegemaran ditayangkan secara berturut-turut.

5. BERIADAH DI TAMAN PERMAINAN

Sudah pasti semua orang tahu taman permainan merupakan syurga buat anak-anak. Taman permainan yang diluar lebih murah berbanding taman permainan di dalam.  Jika anda berdekatan dengan taman permainan bolehlah berjalan kaki ke sana.

Kalau jarak itu sedikit jauh boleh juga menaiki kereta. Ini lah masa yang sesuai untuk melihat anak-anak membesar menjadi aktif dan bergaul dengan dunia luar , bukan semata-mata hanya hidup menghadap gajet. Anda juga boleh membawa makanan dan minuman untuk dihidangkan kepada mereka setelah penat bermain di taman permainan.

6. MENJELAJAH BANDAR

Tak kira anda berada di bandar yang kecil atau besar, pasti ada tempat yang menarik menjadi tarikan pengunjung. Mungkin anda juga baru tahu wujudnya tempat itu setelah membuat online research atau bertanya kepada orang.

Tempat itu mestilah sesuai dengan anak-anak seperti galeri seni yang mempamerkan hasil buatan tangan, taman botani yang menyamankan dan berkelah  di taman rekreasi menikmati makanan tengahari bersama -sama.

7. BERCUCUK TANAM DI BELAKANG RUMAH

Aktiviti ini sungguh menarik apabila dilakukan bersama. Kawasan belakang rumah yang mungkin terbiar boleh digunakan dengan menanam pelbagai tumbuhan. Beritahu kepada mereka sebab kenapa perlu menanam agar mereka dapat menyayangi tumbuhan seperti diri sendiri.

 Apabila sudah berbuah atau membuahkan hasil, mereka akan merasa gembira dan ingin mencuba tanaman yang baru. Benih pokok juga boleh didapati dengan harga yang murah.

8. MENUNGGANG BASIKAL

Saat menikmati pemandangan sambil menunggang basikal bersama tersayang sungguh bernilai.   Sebelum itu, keselamatan hendaklah diutamakan dengan cara memakai alat keselamatan seperti helmet, alat pelindung siku dan lutut.

Ini bagi mengurangkan risiko kecederaan yang boleh berlaku di mana sahaja kerana malang itu tak berbau. Berbasikal juga menyihatkan tubuh badan dan mengeluarkan peluh. Pilih destinasi yang berdekatan agar anak-anak tidak keletihan sepanjang pergi dan balik serta mereka kekal ceria berbasikal bersama anda.

9. PERGI KE PASAR

Bunyinya agak pelik tapi pasar juga boleh dijadikan tempat yang menarik bersama anak-anak. Ini lah masanya untuk anak-anak didedahkan dengan makanan tempatan ,buah-buahan dan sayuran di samping anda menjimatkan masa dengan terus membeli barangan runcit di sana.

Pergi ke satu kedai ke kedai yang lain dengan menerangkan satu persatu barang di depan mata. Ada juga pasar yang mempunyai penyanyi jalanan untuk menghiburkan pengunjung ketika berada di sana.

10. MENGAJAR ANAK-ANAK TENTANG KEWANGAN

Tidak bermakna cuti sekolah maka terhentilah pembelajaran.  Pembelajaran masih boleh dilakukan mengikut cara bagaimana ibu bapa itu sendiri di rumah. Cara yang mudah ialah menerangkan satu persatu tentang kewangan dan membenarkan mereka untuk bertanya soalan jika mereka tidak faham.

Jawab dengan menggunakan bahasa yang mudah kerana mereka masih di awal usia namun tidak menjadi masalah seawal usia kanak-kanak sudah mengetahui serba sedikit tentang  kewangan. Anda juga  boleh bermain permainan seperti monopoly dan menerangkan kaedah untuk menggunakan wang secara bijak. Mereka pasti gembira dan seronok dengan pendedahan yang lebih santai.

KESIMPULAN

Begitulah antara idea aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak dengan kos yang rendah tetapi masih menyeronokkan. Anak-anak ini pasti akan menghargai setiap usaha anda dan memahami akan kepentingannya apabila dewasa kelak. Hargai dan sayangilah mereka selagi mempunyai masa dan peluang.

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com