10 CARA BIJAK UNTUK MENCARI KERJA
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Samada anda seorang graduan baru atau seorang yang sedang mencari kerja di dalam market setelah sekian lama, anda mesti setuju jika saya nyatakan yang mencari pekerjaan adalah suatu yang susah. Tetapi adakah anda pernah terfikir untuk cari jalan yang lain untuk mencarinya?
Memang tidak dinafikan, mencari pekerjaan adalah lebih susah dari bekerja itu sendiri dan semakin hari ia akan menjadi semakin susah kerana persaingan yang hebat di luar sana.
Kadang-kadang anda mesti merasakan bahawa anda masih di dalam tempat yang sama dan tidak pergi kemana-mana.
Jika anda masih lagi berusaha untuk mencarinya, ia suatu yang baik dan mungkin anda perlu fikir kembali dan ubah cara anda membuat pendekatan kepada syarikat. Ini akan membantu anda mencari pekerjaan dengan lebih efektif.
SUSAH SENANG MENCARI PEKERJAAN
Nasihat utama kami dalam mencari pekerjaan ialah jangan memilih pekerjaan dan jangan fikir sangat kriteria atau syarat memohon pekerjaan tersebut. Cuba sahaja mohon dan tunggu hasilnya.
Memohon pekerjaan juga boleh disebut sebagai seperti menjual diri anda kepada majikan. Seperti menjual, anda perlu tonjolkan diri dan tahu mengapa majikan perlu meilih anda sebagi pekerja mereka.
Fikirkan bagaimana untuk lebih menyerlah daripada calon-calon yang lain.
Perkara mudah seperti ini sering terlepas pandang oleh mereka yang mencari pekerjaan lebih-lebih lagi mereka yang mencari pekerjaan di kedai-kedai.
Cara anda mengendalikan proses permohonan menggambarkan watak anda itu sendiri, jika tidak meletakkan kesungguhan di dalam proses tersebut besar kemungkinan majikan anda akan mempunyai first impression yang tidak baik pada anda.
10 CARA MENCARI PEKERJAAN
Ramai yang ambil mudah perkara ini tetapi untuk awal langkah mencari pekerjaan adalah cara mencari pekerjaan, permohonan dan temuduga adalah perkara yang kedua.
1. Online Networking
Daftar didalam website karier seperti Linkedln adalah suatu yang penting dan tidak ramai yang membuatnya. Lebih baik lagi jika anda sudah menggunakannya di zaman belajar.
Ini adalah langkah yang boleh membuatkan anda satu langkah di hadapan berbanding calon-calon lain. Masukkan details anda sebaiknya di dalam akaun tersebut dan sertakan di dalam resume nama akaun tersebut.
Majikan akan lebih mudah mendekati dan melihat pencapaian anda. Ini juga menunjukkan yang anda sudah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan.
Selain itu, menyertai group perbincangan di dalam industry anda sendiri juga boleh membantu untuk membina networking secara online dan lebih bagus lagi jika mereka berkongsi tentang kerja-kerja kosong di dalam industry tersebut.
Di dalam social media, follow page atau akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dank omen posts2 mereka. Ini juga salahs atu cara yang baik untuk diri anda dikenali dan ingat, komen tersebut perlulah bersifat professional dan ilmiah.
2. Bersembang dengan keluarga, saudara mara dan rakan
Mendapat cadangan dari staff syarikat itu sendiri adalah salah satu cara yang sering digunakan untuk rekrut pekerja.
Sebagai sebuah syarikat, mereka semesti mahukan pekerja yang berkualti dan pengenalan daripada staff mereka sendiri yang mereka percaya akan memberikan kepercayaan syarikat terhadap anda.
Gunakan kelebihan ini dengan bertanyakan kepada kawan-kawan atau sedara mara yang bekerja di industry yang anda inginkan. Dengan cara ini juga anda akan mengetahui samada terdapat kekosongan atau tidak di dalam syaikat tersebut secara lebih cepat.
Gunakan kesempatan ini untuk mendapat langkah yang lebiih maju dari yang lain dan lebih bagus jika individu itu boleh syorkan anda kepada majikan mereka.
3. Jangan terlalu terikat dengan senarai jawatan kosong
Kadang kala terlalu terikat dengan senarai jawatan kosong akan membantutkan perkembangan pencarian kerja.
Focus kepada syarikat tertentu berbanding jawatan kosong yang ada semestinya akan membantu dalam pencarian pekerjaan. Kadang kala, syarikat tidak mewarkan jawatan kosong yang terdapat di dalam syarikat mereka.
Cuba buat sedikit research di laman web rasmi syarikat tersebut dan berikan saja application form kepada mereka.
Jangan salah anggap
Senarai jawatan kosong adalah penting dan anda perlu beri perhatian, tetapi jangan terlalu bergantung kepadanya. Hantar resume dan cover letter dan ingat “jual diri anda”.
Jika syarikat tersebut mencari ramai pekerja pada waktu yang sama ia bermakna syarikat tersebut sedang berkembang. Ini bermakna ia waktu yang sesuai tonjolkan diri anda dan tunjukan kepada mereka apa yang ada miliki.
4. Kembangkan cara berfikir/fikir di luar kotak
Dengan perkembangan teknologi, banyak peluang pekerjaan yang kita tidak pernah tahu. Terdapat banyk pekerjaan yang anda tidak pernah dengar dan diperlukan di dalam industry.
Semua pekerjaan ini tidak selalu diuatarakan semasa di sekolah bersama guru kaunseling, tetapi ianya wujud dan diperlukan.
Sebagai contoh, adakah anda tahu apa itu UX Designer? Content Marketer? Backend Developer? Pekerjaan ini tidak sepopular pekerjaan lain. Lakukan sedikit kajian tentang peluang pekerjaan di dalam industry anda, ia semestinya membantu anda untuk mencari pekerjaan di syarikat-syarikat tertentu.
Memilih untuk bekerja di jalan pekerjaan yang tradisional akan mengurangkan persaingan, tidak ramai yang tahu pekerjaan tersebut.
Setelah kajian dibuat anda akan mendapati bahawa peluang pekerjaan di dalam industry anda adalah luas daripada yang disangka dan banyak peluang pekerjaan yang terhidang. Jadi, mulalah untuk berfikir dengan lebih luas dan lakukan kajian.
5. Jadi seorang yang berkeyakinan dan berperibadi
Seperti yang diberitahu di atas, untuk terpilih dalam pemilihan pekerjaan adalah dengan memberikan syarikat tersebut idea tentang siapa diri anda.
Sebagai contoh, seseorang yang email terlebih dahulu staff yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut atau berinteraksi dengan staff HR adalah lebih kehadapan berbanding calon yang hanya menghantar email dan hanya memberikan salinan cover letter sahaja.
Tetapi, sebelum anda buat perkara ini, pastikan anda buat kajian yang mendalam terlebih dahulu terhadap syarikat tersebut.
Anda perlu bijak, jangan pergi ke syarikat tersebut untuk mencari kerja tetapi cari staff HR yang berkaitan dan berkenalan dengan mereka. Beritahu mereka tentang betapa hebatnya syarikat mereka.
Hal ini akan membangkitkan lagi peluang anda untuk berdiri lebih tinggi berbanding calon-calon yang lain.
6. Bekerja dengan universiti tempat anda belajar
Samada anda tahu atau tidak, sebenarnya terdapat banyak part time job di dalam universiti anda seperti Research Assistant, Runner, Kerja kedai makan dan sebagainya.
Dengan bayaran yang setimpal mengikut jam, adalah tidak salah untuk anda menyertainya sementara mencari pekerjaan yang lebih stabil.
Secara tidak langsung juga ia akan membantu univerisiti anda untuk berfungsi dengan lebih bagus.
Lebih bagus lagi, jika anda boleh bekerja di bahagian pentadbiran university secara tetap. Ia tidak mustahil dan sudah banyak graduan universiti bekerja balik di tempat mereka belajar.
Nasihat kami, bertindak secepat yang boleh kerana pekerjaan ini mudah untuk hilang kerana demand yang tinggi.
7. Menjadi pelatih terlebih dahulu
Ini adalah pilihan yang baik untuk anda menimba pengalaman terlebih dahulu. Kebanyakan syarikat memilih mereka yang berpengalaman. Pengalaman yang anda dapat sepanjang menjadi pelatih boleh diletakkan dalam resume.
Jika anda cemerlang semasa menjadi pelatih, mungkin mereka akan sera panda sebagai staff mereka.
Pilihan ini juga bagus untuk mereka ingin menceburi bidang yang baru, adalah penting untuk anda cuba terlebih dahulu bidang tesebut sebelum terjun terus ke dalamnya.
Di husleaim, kami amat tidak menyokong mereka yang tidak membayar elaun kepada pelatih. Kami percaya yang tiada orang patut bekerja secara percuma, tetapi ianya begantung kepada anda sendiri samada anda okay atau tidak dengan pembayaran syarikat tersebut.
Jika anda yakin yang anda akan dapat faedah daripada internship, cuba apply intership di syarikat yang stabil dan ternama selama sebulan. Samada mereka sediakan elaun atau tidak, semua bergantung kepada anda untuk terima atu tidak.
Apa yang anda perlu ingat?
Bila sebut pelatih atau intern, anda perlu tahu hak anda sebagai pelatih. Sesetengah syarikat suka mengambil kesempatan terhadap orang muda yang baru hendak mukakan karier mereka dengan menjadikan mereka seperti staff sepenuh masa tanpa membayat gaji.
8. Cuba agent pengambilan kerja
Mencari pekerjaan melalui agent adalah satu pilihan yang bijak lebih-lebih lagi dalam industry yang mempunyai banyak permintaan.
Agent mempunyai banyak pengalaman dan laluan yang mereka boleh gunakan untuk mencari pekerjaan untuk anda.
Mereka akan mencari pekerjaan untuk anda secara aktif, dengan bantuan mereka semestinya akan meringankan lagi beban anda untuk mencari pekerjaan dan ia akan memendekan lagi masa pencarian.
Disebalik kelebihan, cara ini juga mempunyai kekurangan. Kadang-kala kerja yang diberikan mereka adalah kerja yang berat dengan gaji yang minimum. Jika anda tiada masalah, anda boleh teruskan.
9. Pergi ke karnival kerjaya/career fair
Karnival kerjaya menyediakan pelbagai peluang untuk anda jumpa dan berinteraksi secara direct dengan syarikat-syarikat besar.
Syarikat-syarikat ini mengeluarkan modal untuk berada di carnival tersebut untuk mencari mereka yang mencari pekerjaan, jadi gunakan kelebihan ini untuk mencari pekerjaan.
Gunakan peluang ini untuk membina talian dengan mereka, dan tanyakan sebanyak mungkin soalan tentang proses pemilihan serta peluang-peluang pekerjaan.
Bawa sekali buku nota dan catat nama, jawatan dan alamat email syarikat tersebut untuk follow up.
10. Jadi majikan kepada diri sendiri
Kebanyakan graduan dan pelajar berasa kurang keyakinan untuk mulakan bisnes kerana memikirkan risiko yang akan mereka alami
Walaupun ia kedengaran seperti langkah yang menyeramkan, jika anda mempunyai idea yang bernas dan motivasi untuk gerak kehadapan ini mungkin langkah yang paling bijak.
Terdapat banyak bisnes yang dibuat oleh pelajar dan graduan baru dan berjaya tetapi ia agak memakan masa bergantung kepada usaha mereka sendiri.
Tidak salah untuk mencuba, jika bisnes tidak berjaya atau anda rasakan ia bukan untuk anda, setidak-tidaknya ia akan menjadi pengalaman yang berharga dalam hidup dan menjadikan seorang individu yang lebih matang.
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com